Mar 27, 2013

# Sahabat

Hai and hello ! :D
Wah'wah, sejak tak update blog nie rasa macam
terabai jer blog ni T_T sob..sob ~
Ni pun ada seorang insan yang baik hati inbox kat Facebook 
' Blog awak tak dapat search .. dah tak berblog lagi ke ? '
Haa ! tak dapat search kan ! Bukan  sengaja tutup blog,
sebab masa untuk berblogging ni tersangat'sangatlah jarang ..
Di waktu cuti ni saya pun mengambil kesempatan ni update blog  ..

Rasanya tajuk kali ni sangat sesuai untuk si Dia :)
Wah'wah si Dia bukan kekasih, tetapi Kawan ..
Bak kata Cikgu saya, kawan rapat boleh jadi kawan keparat ..
Pada pendapat saya ada betulnya jugak ..
Kadang'kadang bila dah lama bersahabat ni tak kiralah
sahabat lelaki atau sahabat perempuan mesti ada jer yang
jadi kawan makan kawan ..

Saya dapat rasakan semua ni bila sahabat saya
yang saya rasakan baik pada mulanya tiba'tiba
dia sekarang jadi seorang yang pentingkan diri sendiri ..
Kadang'kadang dia tak pedulikan saya sebagai seorang sahabat
dia yang saya hargai selama ini ..
Bukan sahaja pentingkan diri malah sikap dia yang kurang senang pada
pandangan saya membuatkan saya rasa seperti dia berubah
dan tak kenal lagi siapa diri dia semenjak dia kenal dengan orang
yang membawa dia ke jalan yang salah ..

Nak bersuara ? maybe tak .. 
Saya seorang yang tak berapa sangat nak 
bercakap dengan orang * bukan sombong *
Sometimes bila tengok dia jauh berubah rasa macam saya
tak di hargai sebagai seorang sahabat ..
Siapalah saya nak betulkan silap orang kalau orang
tak suka kita nak betulkan kesilapan dia :(

Buat masa ni saya hanya mampu 
mendiamkan diri .. mungkin dia masih tak sedar
betapa saya sayang dia sebagai sahabat saya yang dulunya sangat
memahami dan selalu memberi saya kata'kata semangat ..

Note : Maafkan saya, saya tak dapat nak mention siapa orangnya ..
cukuplah saya seorang yang tahu :'(